Cantiknya Seorang Wanita
Wanita dan kecantikan sangat
sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan
adalah aset dan lambang kewanitaan.
Wanita yang berasa dirinya
tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang
keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang
terhadap mereka buruk-buruk belaka.
Berbeza dengan wanita yang
cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak
putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa
orang ramai suka melihat diri mereka.
Pada sisi saya, sebagai seorang
lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang
cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa
wanita sering menonjolkan kecantikannya.
Tapi ingat satu perkara...
"Wanita yang tidak
cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya.
Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh
sebenarnya!"
Kecantikan
dan Wanita
Kecantikan itu aset dan
keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak
pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!
Saya tertarik satu rangkap
daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
Apabila kecantikan pun perlukan
perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu
tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga
pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang
hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar
hati seorang hamba.
Daripada Abu Hurairah Abd
ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya
Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung
hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Tidak walaupun sesekali.
Wanita yang hilang sifat
kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.
Bahkan seorang wanita yang
lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya
menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela
'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki
perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya,
indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.
Jangan cemburu apabila diri mu
tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati.
Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.
"Pandangan mata selalu
menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Hiraukan kata-kata cemuhan dan
sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak
menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah,
tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.
Sesungguhnya hati yang bersih
akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih
cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang
cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.
Senyumlah, dan jadilah wanita
yang cantik pada pandangan Allah.



.jpg)
