Pernahkah kita terfikir bahawa apa yang berlaku di dalam dunia ini adalah dengan izin ALLAH S.W.T? Apa yang kita hajati selama ini termakbul kerana izin Allah dan apa yang kita tidak ingini juga adalah dengan izin Allah yang mempunyai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Pernahkah kita terfikir sejenak mengapa kita dilahirkan sebagai seorang hamba dan bukan sebagai seorang raja, pemimpin dan sebagainya? Semua ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Bayangkan sehelai daun yang gugur di atas muka bumi yang luas ini juga terjadi kerana dengan izin Allah S.W.T. Pernahkah kita bertanya apa matlamat utama diri kita sebagai seorang hamba? Kadangkala apa yang kita fikirkan ini tidak mempunyai jawapan yang saintifik dan kadangkala menjangkaui otak fikiran kita. Lebih-lebih lagi apabila kita melihat pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh orang bukan Islam di mana mereka lebih kepada mengkritik kepada kewujudan tuhan kita walaupun mereka percaya adanya tuhan. Mereka sanggup mengkaji setiap inci Al-Quran lebih dari orang Islam sendiri bagi membuktikan bahawa mereka mempunyai ajaran agama yang sempurna. Sebagai seorang umat Islam, saya juga pernah terfikir mengapa Allah telah menjadikan orang bukan Islam dilimpahi dengan kemewahan harta, keindahan paras rupa dan pelbagai nikmat yang lain. Pernahkah kita terfikir bahawa Allah sebenarnya berbuat demikian kerana Dia ingin menunjukkan bahawa dunia ini adalah syurga bagi mereka dan nerakalah tempat mereka selamanya. Berbeza pula dengan orang Islam di mana kita berupaya mendapat kedua-duanya asalkan kita mengikut apa ajaranNya. Ujian demi ujian yang kita lalui sebenarnya pemanis di kala kita menyimpan pelbagai kenangan di dunia di mana Rasulullah pernah berkata bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan bagi seorang pengembara. Pelbagai nikmat yang kita perolehi sebagai seorang Muslim/Muslimah dan marilah kita bersama-sama memantapkan iman serta istikomah dalam menunaikan ibadat. Amin..
Lajnah ini ditubuhkan bagi menarik minat para pelajar untuk memantapkan akidah dan istikomah dalam melakukan ibadat seharian. Semoga ALLAH memberkati usaha lajnah ini.
Popular Posts
-
By Shahmuzir Banyak betul soalan ni saya terima dari remaja. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka mengambil berat tentang hukum dan p...
-
Pernahkah kita terfikir bahawa apa yang berlaku di dalam dunia ini adalah dengan izin ALLAH S.W.T? Apa yang kita hajati selama ini termak...
-
Bismillah... UJUB, RIAK DAN TAKABBUR DI FACEBOOK Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takju...
-
FUTUR adalah suatu penyakit baru yang melanda sebahagian daripada umat Islam. Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung ...
-
Pengertian solat jemaah Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2...
-
Cantiknya Seorang Wanita Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan a...
-
Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaim...
-
Hukum Merokok Dalam Islam Penulis: Fatwa al Lajnah ad Daimah li al Buhuts al ‘Ilmiyyah wa al If SIKAP ISLAM TERHADAP ROKOK Sesungguhny...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment