Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PERMATA kerana melantik saya bagi mengemudi lajnah yang dikenali sebagai lajnah Takmir ini bagi tahun 2012. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bernaung di bawah lajnah ini. Di sini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Hafiz Bin Mungin kerana tunjuk ajar beliau bagi mencipta blog ini. Sebagai seorang umat Islam, pelbagai medium boleh kita gunakan untuk menyampaikan dakwah sama ada secara terang-terangan mahupun secara rahsia seperti yang dilakukan oleh junjungan kita nabi Muhammad S.A.W. Lajnah ini ditubuhkan atas dasar mengingati antara satu sama lain di mana kita boleh memperbaiki kesilapan kita serta memperbaiki diri kita dari segenap aspek. Pelbagai isu perlu kita perincikan bagi menghadapi kehidupan kita di bumi ini lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam. Hal ini kerana kebanyakaan gejala sosial pada era ini semakin membimbangkan dan berada di tahap yang amat memalukan. Belum lagi ditambah dengan isu politik, ekonomi dan isu-isu lain seperti isu halal yang juga merupakan isu yang sangat hangat diperkatakan sehingga kini. Kita seperti tersepit oleh mentaliti sendiri di mana isu halal itu diibaratkan seperti klise dan seperti diendahkan. Kebanyakan dari kita menganggap sesuatu perkara itu sebagai asal boleh. Seorang Islam sejati, kita perlulah mempunyai entiti dan jati diri yang kukuh supaya kita berupaya mempamerkan sesuatu kekuatan bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Persefahaman antara kita perlulah diutamakan demi kepentingan Islam sejagat bukan retorik semata-mata. Hal ini kerana kita perlu mempamerkan peribadi yang unggul bagi memantapkan diri sendiri serta menarik orang bukan Islam bagi memeluk agama yang syumul ini. Akhir kata, tanya pada diri kita sendiri apa yang telah kita lakukan bagi mempamerkan sesuatu yang unggul kepada orang bukan Islam? Adakah kita telah menunjukkan perpaduan dalam kalangan ummah? Sama-sama kita renungkan. Saya masih berpegang dengan kata-kata seorang ustazah saya bahawa, "Sehelai daun yang gugur di muka bumi ini tidak akan gugur tanpa izin ALLAH." Ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu hanya dengan izin ALLAH S.W.T termasuk bagi sesiapa sahaja yang membaca kalam ini. Semoga iman kita semakin mantap pada setiap hari dan mati dalam kalangan orang yang beriman di dunia pinjaman ini. Amin...
Lajnah ini ditubuhkan bagi menarik minat para pelajar untuk memantapkan akidah dan istikomah dalam melakukan ibadat seharian. Semoga ALLAH memberkati usaha lajnah ini.
Popular Posts
-
By Shahmuzir Banyak betul soalan ni saya terima dari remaja. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka mengambil berat tentang hukum dan p...
-
Pernahkah kita terfikir bahawa apa yang berlaku di dalam dunia ini adalah dengan izin ALLAH S.W.T? Apa yang kita hajati selama ini termak...
-
Bismillah... UJUB, RIAK DAN TAKABBUR DI FACEBOOK Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takju...
-
FUTUR adalah suatu penyakit baru yang melanda sebahagian daripada umat Islam. Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung ...
-
Pengertian solat jemaah Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2...
-
Cantiknya Seorang Wanita Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan a...
-
Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaim...
-
Hukum Merokok Dalam Islam Penulis: Fatwa al Lajnah ad Daimah li al Buhuts al ‘Ilmiyyah wa al If SIKAP ISLAM TERHADAP ROKOK Sesungguhny...